Asalamuallaikum Wr,Wb
Dari
Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila
seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwudhu
dan mengerjakan shalat Subuh, niscaya Allah akan menjaganya dari
kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh
al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi
mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin
Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?" Sabda
Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jum'at."
Umat-umat dahulu hanya
sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila
mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak
boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul.
Janganlah kita ragu-ragu tentang Al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita.
Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu
lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih
dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap
yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan
kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah
Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis.
Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis
gangguan syaitan dan konco-konconya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu
juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat
al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah
ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan
sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang
Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah
tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag
boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala
apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah
mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih
luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara
keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah.
Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan
beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan
kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang
menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI
kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang
megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
-
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap
kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali
masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan
musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan
raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia
dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann
keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran
dan kekaraman.
-
Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang
siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak
18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan
berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan
kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara
dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
-
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang
guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota
sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
-
Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca
ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air
hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya
dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
-
Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang
fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika
hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang
membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
-
Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat
Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan
akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala
hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan
kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
-
Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur,
maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai
pagi.
-
Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk
kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan
mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
-
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap
serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas
sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam
garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat
Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak
akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
-
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa;
sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam
selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia,
Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud
dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)